BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
salam

Friday, October 22, 2010

~ اخوه کران الله ~

Di tepian ombak itu....


Tika di tirai senja ini, ku disapa desiran ombak yang berlagu rindu, lantas aku terkenangkan kenangan lalu, hatiku bagai dihempap kebatu di saat melewati lembayung ingatan terhadapmu. Terkenangku pada sebuah persahabatan yang terjalin sekian lama. ingatkah kalian, dari merangkak kita terjalin uhkwah, tapi kini kita tidak lagi...sisa hampa menerpa diri..


Rinduku pada mu meninggi setinggi gelombang ombak, walaupun nampak tak setinggi gunung, tapi ianya mampu memperjuangkan gelombangnya ke tepian, begitulah aku, ku masih memperjuangkan ukhwah kita. ku takkan biarkan rinduku dan semangatku dibawa arus kelautan sepi, tapi, ku mengharapkan ukhwah terjalin kembali ^:^


aku menantikan ukhwah ini lagi.....

ijah, aya , ku merinduimu...

Kini ku merasakan sepinya, di tambahnya pula dengan suasana  senja ini, ku hanya ditemani bisikan ombak yang berlagu rindu beserta tiupan angin selembut sutera. kalau dulu, kita sama-sama menongkah perjuangan, bertemankan sang ombak, kita menjalin ukhwah, berkejar-kejaran, mandi manda, menjadi peneman kita...
masih ingatkah lagi......? mengutip sisa-sisa siput......


siti,...lama kita tak bersua..


Rinduku pada kampung halaman semakin menebal. Terkenangku pada kedamaiannya, rinduku pada tepian pantai dan deruan ombak itu memecah kesunyian. Di situlah kita bermain-main keriangan. Sesekali mengejar sang ombak di gigi pantai, aku turut serta sambil membina istana harapan kita nanti. Masih lagi dalam ingatanku, tika istana kita siap dibina dengan indah, tiba-tiba datang sang ombak memusnahkan. Tapi kita kental membinanya semula. 


Sang ombak itu menghempas ketepian pantai yang setia. Pepohon kelapa terus melambai-lambai keriangan, berterbangan ke depan, ke belakang dan ke kiri ke kanan. Di senja itu, warna kemerahan menampilkan diri  yang turut mengundang kehidupan aku yang lalu bersamamu dengan keindahan warna senjamu. Sang ombak terus berlagu rindu, kadang-kadang menyanyikan lagu riang kepada ku yang terkenangkan kisah lalu. Kadang-kadang sang ombak memujukku dengan memainkan muzik deruannya sambil bertemankan iringan tiupan angin selembut sutera.


Bila ku ke pantai lagi, aku merenung ke penghujung langit, terdapat pulau yang indah, sesekali burung-burung riang bergerak seolah-olah mengiringi rentak alunan ombak.  Aku juga hanyut dengan keindahan ciptaanNya, semuanya bagaikan bergabung memberikan ketenangan kepadaku. Merawat duka merindui mu teman.



Walau waktu sering bertukar ganti, walau ombak sering beralun, walau laut tetap asinnya, ku mengharapkan Kau tak palingkan aku merindui teman-temankuYa Rabb.  Ibarat sesetia sang ombak pada tepian pantainya, setia jugalah aku pada sebuah persahabatan, segagah sang ombak melambungkan gelombangnya, segagah juga aku dalam mempertautkan kembali jalinan persahabatan. Serajin sang ombak berlagu akan rindu mengalunkan irama deruannya, serajin juga aku mengalunkan irama zikir rindu padamu sahabat. 

Ya Rabb, ku memohon padaMu janganlah Engkau menenggelamkan aku pada kerinduan ini. 


lin, wawa, yuyun dan tuti.. 


~semoga kalian selamat kehendaknya~



~waWancARa Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat~

Sebelum kami ke rumah Tuan Guru, ada khabar angin mengatakan Tuan Guru sakit, semangat kami sedikit tergugat namun, kami meneruskan juga usaha untuk menemuramah beliau. Kami memulakan temuramah kami pada hari Jumaat iaitu selepas solat asar. Sebenarnya, kami telah bertolak dari rumah di awal subuh lagi kerana bimbang Tuan Guru tiada di rumah. Sebelum kami menjalankan sesi temuramah beliau, kami ada membuat temu janji dengan setiausaha beliau dahulu, namun demikian, setiausaha beliau terlalu sibuk dan ingin berjumpa kami pada hari Rabu. Sebenarnya, pada hari Rabu kami terpaksa balik ke Universiti kerana tiket sudah dibeli oleh kami dan untuk membeli tikrt seterusnya sudah habis. Selepas mendapat kata sepakat dari ahli kumpulan kami, akhirnya kami mengambil tindakan untuk pergi terus ke rumah Tuan Guru. Sebelum itu, kami menelefon Yang Behormat tempat salah seorang dalam kumpulan kami untuk bertanyakan bagaimana hendak ke rumah Tuan Guru tanpa membuat temu janji. Tujuan kami membuat tindakan tersebut adalah untuk menghormati tuan guru dan tidak mahu mengganggu beliau. YB mencadangkan kami agar pergi ke rumah beliau pada waktu subuh dan YB  turut memberi sokongan kepada kami malah menyampaikan salam kepada beliau. 

Sebaik sahaja kami sampai di kawasan rumah Tuan Guru, kami mengalami kesukaran dalam mencari rumah beliau. Sebelum sampai di rumah Tuan Guru, kami membayangkan Tuan Guru dikawal oleh pengawal peribadinya dan rumahnya dipagari dengan pintu pagar yang tertutup. Kemungkinan besar juga kami akan menunggu beliau di depan pintu pagar. Sebenarnya, tanggapan kami adalah salah, rumah beliau sama seperti rumah kampung biasa dan tiada pagar yang menghalang kami. Malah, pada hari itu terdapat dua buah bas yang datang melawat di kawasan perumahan beliau. Rupanya-rupanya, rumah Tuan Guru dijadikan tempat persinggahan pelawat-pelawat yang datang ke Kelantan. Akhirnya setelah kami bretanyakan pelajar Maahad Anuar yang berhampiran rumah Tuan Guru akhirnya kami telah menemui rumah beliau. Malangnya, kami diberitahu oleh orang gaji beliau bahawa beliau tiada di rumah. Kami menunggu Tuan Guru dengan penuh kesabaran sehinggalah kami berjumpa dengan anaknya iaitu Nik Abduh. Di kesempatan itulah kami sempat menemuramah anak beliau tentang beliau. Kesukaran dalam menemuramah anaknya juga berlaku di mana ada dalam kalangan kumpulan kami dari negeri Kedah dan tidak faham loghat Kelantan, jadi kami mengalami kesukaran dalam menterjemahkan bahasa sambil menemuramah. Sebaik sahaja siap menemuramah anaknya, kami menunggu lama Tuan Guru sehingga jam pukul lima. Hal ini adalah disebabkan kami tidak membuat temu janji dahulu dengan Tuan Guru. Akhirnya, dengan berkat doa kami akhirnya kami dapat berjumpa dengan Tuan Guru. Ketika itu Tuan Guru sedang membaca doa untuk membuat air tawar kepada orang yang meminta bantuan. Dari jauh kami melihat wajahnya yang jernih, terasa sebak dan hampir menitiskan air mata kerna teruja dapat melihat wajah tokoh kami di hadapan mata. Walaupun kami telah melihat Tuan Guru dari jauh, tetapi kami terpaksa menunggu giliran kami untuk memberitahu tujuan kami, hal ini disebabkan terdapat ramai lagi rakyatnya yang ingin bertemu dengannya. Antaranya, ada yang ingin meminta mengubati anaknya yang kena santau, malah terdapat juga rakyatnya yang meminta sedekah, ada yang ingin membeli produk Tuan Guru dan ada yang datang dari Kuala Lumpur semata-mata ingin mengenali lebih dekat lagi Tuan Guru. Sebaik sahaja Tuan Guru turun tangga masjid, seorang demi seorang bangun untuk memberitahu masalah kapada Tuan Guru, namun kami masih lagi kaku berdiri di sebuah tempat rehat. Perjalanan Tuan Guru yang perlahan-lahan membuatkan kami berasa serba salah untuk menyerbunya, kami bimbang keadaan Tuan Guru tidak sihat sepenuhnya. Namun demikian, tanpa kami sedari anaknya iaitu Nik Abduh datang dari belakang kami dan menyuruh kami menyerbu ayahnya dan memberitahu tujuan sebenar. Dengan suruhan anaknya inilah menyebabkan kami tanpa membuang masa terus menuju ke arah beliau untuk memberitahu tujuan kami. Sebaik sahaja kami tiba betul-betul hadapan Tuan Guru, mulut kami terkunci rapat. Kami tidak dapat memberitahu tujuan kami kerana berdebar-debar dan kagum dengan beliau. Walaupun demikian, beliau tersenyum melihat gelagat kami, dengan senyumannya itu membuatkan kami berani menyatakan hasrat sebenar. Akhirnya kami dipelawa naik ke rumah beliau untuk ditemuramah, sesi temuramah kami berjalan dengan lancar dan tiada masalah bagi kami untuk mendapatkan maklumat. Kami juga dilayan dengan baik oleh keluarga Tuan Guru. Perbualan kami dengan beliau tidak ubah sama seperti berbual dengan  saudara mara sendiri. Semua perjalanan yang kami lalui semuanya di luar jangkaan kami, kami tidak sangka seorang menteri besar yang penuh dengan kesibukan urusan negeri sanggup menerima wawancara kami hanya berdua sahaja. Malahan pula kami dilayan dengan baik oleh anak perempuannya, dia menghidangkan kami dengan makanan. Seorang anak menteri besar sendiri yang mengangkat makanan kepada  kami malah, berbual mesra dengan kami. Terdapat juga cerita dari ahli keluarga salah seorang kumpulan kami, menurutnya dia pernah dihidangi sendiri makanan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz sendiri. Begitulah sifat keperibadiannya yang mengejutkan kami. 

Bapanya, Allahyarham Tok Guru Haji Nik Mat adalah seorang yang masyhur Islam pada masa itu. Bapa beliau sangat serius terhadap anak-anaknya dan tidak pernah leka dalam pengajaran pendidikan Islam. Oleh itu, ayah beliau merupakan tokoh ikutan kepada beliau. Dengan ini, kepimpinan ayah beliau juga telah mempengaruhi kegayaan dan kepimpinan beliau dalam memerintah dan mentadbir sama ada keluarganya mahupun negeri Kelantan. Oleh itu, beliau juga mendidik anak lelaki dan anak perempuan beliau tentang pendidikan Islam sejak kecil lagi. Menurut Tuan Guru, semua anaknya mengambil pendidikan Islam sebagai pendidikan yang penting dalam kehidupan mereka.
Menurut beliau, ayah beliau merupakan seorang yang tegas dan keras dalam pendidikan anak-anaknya. Ayah beliau menegaskan bahawa anak-anaknya wajib memakai kain pelikat, baju Melayu, memakai songkok atau kopiah putih. Anak-anaknya dilarang keras sama sekali berambut panjang. Amanat ayah beliau ini menjadi pegangan kepada beliau dalam kehidupan beliau. Hasil daripada pengajaran ayah beliau, kesemua anaknya berpegang teguh kepada perintah Tuhan dan tidak melakukan sebarang tingkah laku yang akan membelakangi ajaran Islam.
Tambahan beliau pula, jika ayah beliau mengetahui bahawa anaknya tidak bangun  untuk solat subuh, anaknya akan dijirus dengan air dan jika mereka tidak menghafaz pelajaran mereka akan dihukum dengan mengenakan pukulan terhadap mereka. Selepas menunaikan solat fardhu Subuh, beliau bersama-sama adik beradik beliau yang lain diperintahkan supaya mengulangkaji dan menghafaz nahu saraf bahasa Arab. Kemudian pada sebelah petang pula, selepas sembahyang Asar, beliau diwajibkan mempelajari ilmu tajwid dan membaca Al-Quran.
Kemudian selepas sembahyang Maghrib, beliau mengikuti pelajaran Hadith dan tafsir Al-Quran.
Selain itu, bapa beliau juga menggalakkan anaknya menceburi dalam bidang pertanian. Untuk menggalakkan anaknya rajin bertani, ayah beliau akan mengupah anaknya seorang lima puluh sen kepada sesiapa yang berjaya menggali lubang untuk menanam pokok rambutan.
Sebaik sahaja selesai menemurah, beliau meminta izin untuk berehat dan menyuruh kami mengambil maklumat beliau dalam bilik bacaannya jikalau maklumat yang diberikan tidak cukup. Kami tergaman seketika kerana Tuan Guru percayakan kami untuk menyelongkar biliknya tanpa diawasi oleh sesiapapun. Ketika itu keluarganya sudah keluar dari rumah dan kami tidak tahu kemana mereka pergi dan Tuan Guru meminta izin untuk beristirehat. Di dalam rumahnya hanyalah tinggal kami berdua sahaja, sebelum Tuan Guru beredar beliau menyuruh kami membuka lampu bilik dan ambil apa sahaja maklumat yang kami inginkan dan memberitahu kami agar tidak perlu segan untuk masuk ke dalam bilik bacaannya itu kerana tiada seorang pun dalam bilik itu. Malah, beliau sendiri menyuruh kami tutup lampu, kipas, jendela dan pintu apabila hendak keluar rumah. Dengan sikap beliau percayakan kami yang baru dikenali tidak sampai dua jam pun membuatkan kami terkejut, persoalannya tidakkah beliau bimbang jikalau kami melakukan sesuatu yang tidak baik? Apabila selesai sahaja kami mendapatkan maklumat, kami sendiri yang menutup lampu, kipas, jendela dan pintu rumahnya. Begitulah perjalanan untuk temuramah beliau.
Nama sebenar tuan guru ialah Nik Abdul Aziz Nik Mat, beliau dilahirkan pada tahun 1931 di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan. Bilangan adik-beradik beliau seramai 27 orang (9 meninggal dunia) 18 orang masih hidup, 10 lelaki dan 8 orang perempuan hasil daripada perkahwinan ayahnya dan empat orang isteri. Beliau merupakan anak yang kedua dalam keluarga beliau. Beliau  mendirikan rumah tangga bersama dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang yang berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu pada tahun 1962 ketika itu usia beliau berumur 34 tahun. Hasil perkahwinan beliau dikurniakan 10 cahaya mata iaitu lima perempuan dan lima lelaki. Diantara anak-anaknya ialah adalah Nik Aini 46 tahun , Nik Umar 43, Nik Adl 41i, Nik Abdul Rahim 39, Nik Abduh 38, Nik Adilah 37, Nik Muhamad Asr 35, Nik Amani 33, Nik Amalina 31 dan Nik Asma' Salsabila 24 tahun.
Pada tahun 1936, beliau mendapat pelajaran di Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat selama 3 bulan. Seterusnya beliau bersekolah di Sekolah Pondok Tok Kenali yang terletak di Kubang Kerian. Semangat menjuangkan ilmu pengetahuan beliau tidak pernah terputus sehingga beliau meneruskan pelajaran di Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu. Pada tahun 1952 pula, beliau menjejak kaki ke India untuk menambahkan ilmu di Universiti Deobond. Kemudiannya, beliau juga ke Lahore, Pakistan untuk mempelajari Ilmu Tafsir Quran pada tahun 1957. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab dan Sarjana Perundangan Islam di Universiti Al-Azhar yang terletak di Mesir. Sebelum Tok Guru menceburi bidang politik, beliau menceburi dalam bidang perguruan iaitu pernah menjadi guru di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka, Penyelia Kelas Dewasa KEMAS, Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu. Beliau mulai menceburi bidang politik pada tahun 1967 dengan mendaftar sebagai ahli PAS. Secara keseluruhannya, beliau memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen selama 19 tahun yang bermula dari tahun 1967 hingga tahun 1986. Selepas itu, mulai tahun 1986 hingga tahun 1990 beliau memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri selama 4 tahun. Pada tahun 1990 pula, beliau telah dilantik dan berkhidmat sebagai Menteri  Besar Kelantan sehingga sekarang.
 Beliau pernah mendapat penghargaan Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim. Selain itu, beliau juga dianugerahi penghargaan Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kemudian beliau dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan oleh Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma'illi) SJMK yang membawa gelaran Dato' pada 30 Mac 1995 dan juga dikurniakan anugerah sebagai MB paling bersih dari Gerakan Rakyat anti Korupsi (Gerak). Tok Guru Nik Aziz berpegang kepada prinsip bahawa segala gerak geri dan perlakuan manusia di muka bumi ini samada makan minum, sembahyang, hidup mati dan sebagainya adalah kerana Allah S.W.T. Segala pekerjaan yang dilakukannya adalah kerana untuk mendapat keredhaan dan diberkati Allah S.W.T. Menteri Besar merupakan seorang yang mencintai ilmu buktinya, beliau sanggup  ke beberapa buah negara luar semata-mata untuk mendalami ilmu. Kalau kita lihat orang zaman dahulu kebanyakannya adalah berkahwin di usia muda,  namun Tuan Guru berkahwin pada usia 34 tahun. Bahkan pada zaman sekarang juapun kalau berkahwin seusia ini sudah dianggap kahwin lewat apatah lagi pada masa dahulu. Kami beranggapan perkahwinan Tuan Guru lewat adalah disebabkan kesungguhan beliau mendalami ilmu. Kalau kita menerokai sejarah pendidikan beliau pun sudah menunjukkan beliau begitu bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu. Pada peringkat awal usia beliau mendalami ilmu agama dengan bapanya sendiri yang terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat. Sejak kecil lagi beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid. Sewaktu usia 9 tahun, kemudian Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika. Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu danTuan Guru Dato' Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah. Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua. Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Kemudian beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoband, India untuk mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur'an, Hadis dan lain-lain. Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris. Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama dua tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962. Dengan pelbagai ilmu dan negara beliau pergi mendalami ilmu ini menunjukkan beliau seorang yang bijak menguruskan mindanya. Merujuk kepada sejarah pengajiannya, dia mampu menghafaz dan mendalami ilmu ke luar negara.
Tok Guru telah mencurahkan segala ilmu yang dimiliki oleh beliau untuk dicurahkan kepada pelajar-pelajarnya. Contohnya, pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama dua tahun. Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma'hoad Muhamadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.
Kemudian selepas berkhidmat sebagai guru, beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang. Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa. Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil. Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma'had Muhamadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu 'Halakat pengajian' yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma'had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah. Daalm pada masa yang sama beliau merupakan seorang Petah Bercakap Tuan Guru dan lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi. Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi. Keistemewaan Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung. Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Abia'. Beliau juga bergiat aktif dalam menulis beberapa buah buku.
 Walaupun Tuan Guru merupakan seorang Menteri Besar, tetapi cara beliau makan sama seperti orang biasa sahaja. Kami difahamkan oleh  orang di sekeliling rumah Tuan Guru bahawa bahagian dapur rumah beliau tidak dilengkapi perabut meja makan. Tuan guru mengamalkan makan dengan bersila sahaja. Malah, beliau tidak memilih dalam menggunakan pinggan makan, beliau menggunakan pinggan biasa sahaja sama dengan orang awam iaitu bukan pinggan untuk orang-orang terhormat. Maalah, Tuan Guru juga lebih suka mengenakan pakaian jubah dan beserban. Beliau lebih suka mengenakan pakaian mengikut sunnah daripada berpakaian barat. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya. Malah, ada bahagian rumahnya tidak siap lagi iaitu bahagian tangga rumahnya terdapat simen dan batu bata. Tuan guru mengamalkan kehidupan dan tugas seharian mengikut ajaran islam. Contohnya, Mengajak kakitangan kerajaan dan pegawai di pejabat menteri untuk solat berjemaah apabila tiba waktu solat., kemudian beliau akn mengambil masa sepuluh minit untuk ‘kuliah senafas’ kepada kakitanagnnya. Apabila beliau menunaikan solat bersendirian dalam pejabat, beliau akan pastikan solat dengan keadaan bergelap, hal ini kerana beliau tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan diri beliau. Dalam sesuatu penyelesaian pula, beliau mengatasi masalah mengikut cara yang sudah ditetapkan dalam islam. Di samping itu, beliau merupakan seorang yang bersifat zuhud dan tidak terpengaruh dengan kedudukan dan jawatan. Buktinya, rumah beliau hanyalah rumah kayu biasa malah dalam rumah beliau tiada perabut-perabut mewah sebagaimana rumah menteri besar yang lain. Walaupun, beliau ada rumah kediaman rasmi yang ditempatkan khas untuk menteri-menteri besar, tetapi beliau tidak terpengaruh dengan kemewahan tinggal di rumah istana tersebut. Malah, beliau jadikan rumah tersebut sebagai tempat perlindungan mangsa-mangsa banjir dan sebagai pertemuan dengan tetamu-tetamu kerajaan. Walaupun sebagai menteri besar, tetapi beliau masih mengekalkan corak hidup sebagai pendakwah, tazkirah selepas solat,menulis buku agama. Terdapat banyak hasil-hasil buku agama yang dihasilkan oleh beliau. Di rumah pula, beliau menerapkan ilmu agama dalam diri anak-anak beliau. Sebagai contoh semua anak-anaknya diberikan ilmu agama dan melanjutkan pengajiannya di institut pengajian islam. Beliau memotong gajinya sebanyak 40 peratus untuk Tabung Kewangan PAS Negeri Kelantan. Malah, beliau enggan menerima elaun tahunan untuk menyediakan pelbagai juadah kerana menyambut hari raya. Di samping itu, beliau memberi amaran supaya para Exco, ADUN dan kakitangan kerajaan tidak melibatkan diri di dalam apa jua bentuk rasuah dan penyelewengan. Begitu juga dengan beliau mengambil pelbagai langkah lain lagi bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan Islamik. Tuan Guru juga sering mengingatkan semua majikan, Ketua Jabatan dan syarikat supaya melaksanakan peraturan atau budaya kerja berpandukan ajaran Islam bagi mengelakkan pekerja terjerat dengan masalah majikan mendiskriminasi pekerja. Dalam aspek emosi yang jelas dapat dilihat dalam diri Tuan Guru ialah mempunyai sifat ketegasan yang tinggi dalam membuat tindakan. Terutamanyanya beliau akan bertegas dalam bidang keagamaan. Sifat ini dikatakan adalah warisan dari ayah beliau sendiri. Beliau akan membuat sebarang tindakan dan sanggup berhadapan dengan segala kemungkinan yang akan dihadapinya. Selain itu, Tuan Guru juga merupakan seorang yang mesra dengan rakyatnya. Jarak rumahnya dengan rakyat tiada batasan, malah tiada pagar atau pengawal keselamatan yang mengawal beliau daripada bertemu dengan rakyatnya. Tambahan pula, rumah beliau sentiasa dikunjungi oleh orang luar. Semasa kami di rumah beliau, terdapat dua buah bas pelajar yang sedang membuat lawatan ke rumah Tuan Guru. Dengan cara inilah rakyat dapat mengenali dengan lebih dekat lagi pemimpinya. Hal ini amat berbeza sekali dengan pemimpin lain yang dipisahkan dengan tembok dan pengawal keselamatan. Malah, sepanjang kami menunggu Tuan Guru, kami banyak menyaksikan kereta-kereta berulang-alik ke kawasan rumah Tuan Guru. Terdapat juga orang yang mengambil gambar, meletakkan air untuk tujuan perubatan dan sebagainya. Sifat kemesraan dapat dilihat sendiri oleh kami apabila sebaik sahaja Tuan Guru melangkah keluar masjid, rakyatnya mula menyerbu beliau untuk memberitahu hajat mereka masing-masing. Persoalannya, bagaimanakah Tuan Guru dapat menghadapi rakyatnya dengan pelbagai masalah dalam setiap masa? Sedangkan pada hari itu merupakan kali pertama kami menjejakkan kaki ke situ sudah pun didatangi ramai orang. Kami terkilan dengan layanan beliau terhadap rakyatnya, beliau menyambut kedatangan rakyatnya dengan senyuman manis dengan pelbagai masalah. Walaupun beliau menghadapi situasi ini selama 19 tahun, namun beliau masih mampu mengekalkan kemesraannya.  Rakyat Kelantan merupakan rakyat yang paling beruntung kerana dapat memberitahu kesulitan secara bersemuka sendiri dengan pemimpinnya. 
Di samping itu, Tuan Guru juga merupakan seorang yang dermawan, contohnya, beliau memotong gajinya sebanyak 40 peratus untuk Tabung Kewangan PAS Negeri Kelantan dan terdapat banyak lagi contoh-contoh sifat dermawan yang ditunjukkan beliau, namun demikian, kami ingin memberikan contoh semasa kami ke rumahnya. Secara kebetulan, sementara menunggu giliran untuk bersemuka dengan Tuan Guru, ada seorang pelajar pondok meminta bantuan keewangan untuk meneruskan pengajianya. Walaupun Tuan Guru memberi bantuan kepadanya, Tuan Guru sempat menyelitkan nasihat supaya berusaha mencari wang dengan cara yang halal dan elakkan meminta dengan orang. Dengan nasihat itulah kami tergaman dapat melihat sendiri cara dia menasihati rakyatnya dan menghulurkan derma.
Tambahan pula beliau juga merupakan seorang yang suka membantu rakyatnya yang ditimpa kesusahan. Sepanjang kami melihat situasi pelawat dengan Tuan Guru terdapat sesuatu yang menarik perhatian kami. Ada pasangan suami isteri yang meminta Tuan Guru mengubati anaknya yang kena santau, kelihatan pasangan suami kepada isteri itu sedih dan isterinya menangis meminta Tuan Guru mengubati anaknya. Di hadapan mata kami sendiri Tuan Guru menggosok bahu lelaki tersebut. Kemudian tanpa membuang masa Tuan Guru memasuki semula ke dalam masjid untuk membuat air tawar. Kesanggupan Tuan Guru membantu rakyatnya dalam kesusahan membuatkan kami terharu. Sebaik sahaja selesai membuat air tawar, beliau juga menyelitkan nasihat kepada pasangan tersebut supaya meminta banyakkan meminta pertolongan tanpa henti-henti dengan Allah, keranaa doa sendiri lebih makbul dan dia hanya menolong sahaja Allahlah yang berkuasa di atas segala-galanya. 

~ Masjid berhampiran rumah Tuan Guru ~

 
~Rumah Tok Guru~

  





~Maahad Darul Anuar~















~keNDiri IMpian~

Semenjak kecil lagi saya suka melukis, malah semua ahli keluarga saya berbakat dalam bidang lukisan. Ekoran daripada minat melukis, saya bercita-cita hendak jadi pereka landskap dan pereka hiasan dalaman.  Walaupun saya pernah mendapat tawaran untuk ke Institut pengajian Tinggi dalam bidang ini, tetapi saya terpaksa menolak kerana keluarga saya menyuruh saya menjadi pendidik. Walaupun saya tidak dapat melajutkan penagjian saya dalam bidang yang saya minati, impian saya pada suatu hari nanti saya dapat menyambung pelajaran dalam bidang ini. Sebenarnya, terlalu banyak impian saya, angan-angan saya, kalau saya dapat jadi guru kelak, saya  hendak jadi guru yang terbaik, guru yang mesra dengan pelajar. Kalau boleh, saya suka mengajar di pendalaman  berbanding di pusat-pusat bandar. Jika diberi pilihan antara kedua-dua tersebut saya akan memilih di kawasan pendalaman. Namun demikian, saya tidak berani menghadapi risiko-risiko bahaya ketika berhadapan dengan keadaan persekitaran dalam hutan atau ketika menaiki bot. Walaubagaimanapun, jika saya diberi peluang, saya akan cuba membiasakan diri. Berbalik dengan minat saya untuk mengajar di pendalaman adalah disebabkan saya suka pemandangan hutan. Malah, dari kecil lagi saya saya mengimpikan untuk tinggal dalam hutan yang dekat dengan air terjun. Di samping itu juga, saya lebih suka melihat persekitaran penduduk asli. Cara kehidupan penduduk asli, rumah buluh, dan sebagaimnya. Pendedahan persekitaran orang asli dalam televisyen menarik minat saya untuk melihat sendiri bagaimana kehidupan mereka. Tambahan pula, saya membayangkan jika saya jadi pendidik dan ditempatkan di pendalaman, saya berminat unutk bergaul dengan masyarakat orang asli. Saya ingin turun kerumah-rumah untuk melihat perkembangan pelajar saya. Malah, ia juga membantu saya untuk mendapatkan maklumat pelajar saya secara lebih dekat. Oleh disebabkan dalam hutan mempunyai tanah yang subur, saya juga boleh bersama-sama berkebun dengan pelajar saya sekaligus dapat memenuhi minat saya dalam berkebun. Di samping itu juga hasil dari kebun tersebut boleh mendatangkan keuntungan sekaligus dapat membantu mereka dalam membiayai pelajaran. Malah, cara ini boleh mengeratkan lagi hubungan saya dengan pelajar dan masalah yang dihadapi mereka dapat dikongsi bersama. Selain daripada itu, di kawasan pendalaman masalah sosial kurang berlaku, saya takut untuk menghadapi suasana masalah sosial malah saya tidak suka dengan persekitaran bandar. Di pendalaman saya boleh mendapat ketenangan dan saya juga boleh mengisi masa lapang dengan hobi saya iaitu dengan melukis. Dari segi kerohanian, saya mengimpikan untuk menjadi wanita solehah. Harapan saya agar saya ditempatkan dalam kalangan wanita solehah, yang menghiasi keperibadian saya denagn budi pekerti dan keimanan yang murni. Adalah menjadi fitrah dalam setiap individu untuk mendekatkan diri dengan tuhan, begitulah juga dengan saya untuk mendapatkan perasaan yang halus sehingga membuahkan perasaan insaniah. Secara tidak lansung adalah untuk mendekatkan diri dengan tuhan. Alangkah indahnya, jika saya ditempatkan dalam kalangan wanita solehah yang berpegang teguh dengan ajaran Islam dan menghiasi bibir dengan zikir dan hati yang tunduk dan patuh dengan perintah Allah dan menjalankan kewajipanNya. Walaubagaimanapun, saya akan tetap berusaha untuk menjadi wanita solehah. ^:^



~ Demi Masa ~





Kebiasaannya ramai orang sudah menghafal surah ini,
 tapi penahkah kita semua memanfaatkan masa?..
atau dengan kata yang lain memahami dan mangamalkan apa yang dituntutkan. 
Benarlah apa yang diwahyukan : demi masa sungguh, manusia dalam kerugiankalau kita tengok atau meneliti diri kita sendiri,
adakah kita manfaatkan masa kita dengan sebaik-baiknya?..
atau kita terleka dengan kesibukan dunia yang kononnya indah belaka..
malah kita sering merungut, " tak cukup masa lah" "tak sempatlah"
tapi ke mana perginya masa?... Bagaimana kita harus manfaatkan masa yang dituntut oleh agama?..  
setiap langkah, bicara, pergaulan, makan dan banyak lagi ianya adalah rutin kita,
tapi adakah ianya disulami dengan agama?.. sebagaimana dengan yang dituntut dalam agama untuk
kita beriman dan mengerjakan kebaikan  dan ditegaskan di sini  saling menasihati sesama kita.
Jika, kita semua saling menasihati, sudah tentu kita semua tidak dalam kerugian.
Tapi, sejauhmanakah manusia boleh menerima nasihat? Tambah-tambah lagi yang mempunyai ego
yang tinggi. Kadang kala orang yang memberi nasihat dan teguran itu yang akan dipersalahkan.
Kononnya masuk campur urusan orang lain, paling tidak pun ada yang mengatakan
“ tegurlah dengan berhemah sikit” , tapi, manusia sekarang makin pelik,
jika menasihati cara lembut diperlekehkan pula, jika secara terang-terangan terasa pula.
Kata “mengaibkan lah, semua orang tahu” tak pun ustaz dan ustazah ni
“ garanglah, tak patut tegur macam tu..”
seterusnya tanpa disedari berlakulah umpat mengumpati, dan bermasam muka,
malah tanggungjawab menasihati dan tegur menegur tidak dilaksanakan lagi. 
~ tepuk dada tanya iman ~
sama3lah kita memanfaatkan masa, untuk saya dan semua

Wednesday, October 20, 2010

~ MinAtKU~

Siapa kata kura2 jalan lambat. sebenarnya, kura2 jalan laju, penat nak kejarnye...baru je letak dah ilang...macam kura2 saya....
Saya kagum tengok kura2, walaupun dia ada cengkerang yang besar dan berat, tapi dia tidak mengeluh penat pun, tak membebankan..dia tetap bersama2 dengan cengkerangnya..sebab dia tahu cengkerangnya itu boleh melindunginya.... Dia tahu akan hikmahnya di sebalik penatnya dia bawa cengkerangnya itu...
Malah, ianya dikatakan binatang yang mampu menjangkau ke seratus tahun lebih...^:^


Ini kura3 saya dengan Sarah..comey kan..??...namanya totoy dan momoy...yang kecik namanya totoy, dan yang besar 2 namanya momoy.. totoy saya punya, momoy sarah punya...heee~  ^:^

kalau tak silap dalam awal bulan 3 sarah belikannya untuk saya dan dia.. ^:^ ,  kat Setiawan, Perak.. huhu..
sampai sekarang saya tak tahu jantina kura3 kesayangan saya..^:^ tp agak3nya momoy betina, totoy jantan,, sebab momoy makan banyak, totoy makan sikit...betul ke formula nih..??...^:^
semasa saya bela totoy dan momoy ni kecik3 aje.... besarnya dalam 3 jari je...


 haaa..~ ni pun dah kira besar sikit...sebab selalu bagi makan.. ^:^ 
ketuk3 je aquarium terus terkedek3 nak makan..hee~
kalau tak ketuk pun, asal nampak je kami...haaa~ terkedek3 la..terjenguk3 kepala nak mam...



yang ni comey dop?..ehehe..nak manje3 depan kamera..hik3...


nilah aquarium totoy dan momoy masa kecik3....


ni haa~ aquarium barunya..sebab totoy dan momoy sudah besar tapak tangan daa~
siap ada sampan lagi tu.. tu sampan sarah belikan.. tQ~ sarah..^:^


terkedek3.......


^:^  


yippi........^:^

tips jaga kura2:
- kena rajin basuh..sebab boleh mati kalau tak cuci...
- sebaik2nya beri dia sedikit cahaya matahari bagi menguatkan metabolisme - seelok2nya cahaya di waktu pagi...
- kalau kura2 yang masih baby lagi 2 jangan bagi makan kangkung sebab takut tercekik..
- bagi makan jagn terlebih ye.....^:^ 







Tuesday, October 19, 2010

~MorAL RemAJa~

                                                         
Siapakah Remaja? Rata-rata, mengikut takrifan dalam pelbagai kamus, remaja membawa maksud seseorang yang mulai dewasa, sudah akil baligh atau muda. Dari segi usia pula, remaja dianggap berumur antara 10 hingga 19 tahun. Dari sudut psikologi, zaman remaja adalah satu jangka masa peralihan yang berlanjutan dari alam kanak-kanak ke peringkat dewasa yang penuh dengan konflik-konflik kehidupan (Mahmood 1990).
Pada peringkat remaja, golongan ini cepat dipengaruhi dengan pengaruh luar. Sama ada dari segi kognitif moral, afektif moral dan tingkah laku moral. Pada peringkat inilah mereka akan didedahkan dengan pelbagai persekitaran yang tidak sihat, dan secara tidak lansung mengubah sedikit sebanyak nilai-nilai moral kehidupan mereka. Akhirnya, pengaruh luar ini menyebabkan kita sering dikejutkan dengan masalah sosial. Tidak dinafikan ia bukan sahaja dipengaruhi oleh persekitaran luar, malah ianya juga berpuncakan dari pengaruh dalam keluarga itu sendiri. Acuan didikan yang diberikan oleh keluarga, sama ada sempurna atau tidak. Apa yang dimaksudkan dengan sempurna di sini adalah dari segi didikan agama. Didikan agama merupakan asas didikan dalam keluarga.

Jom kita tinjau ape agaknya remaja kita buat??
        Buang bayi?...lagi3 buang bayi....

Catatan diri ku untuk mu mamaku sayang..(baca ye mama)

Oktober 5 — Hari ini hidupku bermula. Mama dan Papa belum tahu lagi, tetapi hayatku sudahpun bermula, walaupun aku hanya sebesar biji jagung. Dan aku akan menjadi seorang kanak-kanak perempuan. Aku akan memiliki mata dan rambut yang hitam menawan. Ah… seperti semuanya telah ditakdirkan.


Oktober 21 —Ada orang kata aku belum menjadi manusia lagi, hanya Tuhan sahaja yang tahu aku wujud. Tetapi aku sebenarnya telah pun wujud, seperti serpihan kecil biskut masih tetap dipanggil biskut. Ya, aku sudah pun wujud sebagai seorang manusia.

Oktober 23 — Mulut mungilku seakan sudah mula terbuka. Cuba bayangkan, dalam setahun lagi aku akan tertawa dan kemudiannya bercakap. Aku tahu apa perkataan pertamaku: MAMA !


Oktober 26 —Hari ini jantungku mulai berdegup sendiri. Dari saat ini ia akan berdegup untuk seluruh hayatku tanpa berhenti rehat! Dan selepas bertahun-tahun ia akan terhenti dan aku akan mati.


November 2 —Aku semakin membesar sedikit demi sedikit setiap hari. Tangan dan kakiku mulai terbentuk. Tetapi aku harus menunggu sekian lama sebelum kaki kecilku boleh meronta dalam pelukan Mama dan tangan kecilku boleh memetik bunga dan memeluk Papa.

November 12 — jejari halus mulai membentuk di hujung tanganku. Lucu sungguh melihatkan kehalusannya! Aku akan mampu membelai rambut Mama yang cantik dengannya.


November 20 —Hari ini doktor memberitahu Mama bahawa aku telah pun bernyawa dan membesar di dalam rahimnya. Oh, pasti Mama gembira mendengar khabar ini! Bahagiakah engkau wahai Mama?

November 25 — Mama dan Papa mungkin sedang sibuk memikirkan namaku. Tetapi mereka belum tahu lagi aku seorang kanak-kanak perempuan yang comel. Aku suka dipanggil Nani. Cantik kan nama itu,Mama ? Aku semakin membesar dalam rahim Mama.

Disember 28 —Rambutku mulai tumbuh; lembut, cerah dan bersinar. Pasti Mama akan suka mencium rambutku dan memelukku nanti. Bagaimana agaknya rambut Mamaku ?

Disember 13 — Mataku sudah mula terbentuk. Sungguh gelap di sekelilingku. Apabila Mama membawaku ke dunia nanti, tentunya ia secerah sinar mentari dan dipenuhi bunga. Tapi aku hanya mahu melihat Mama. Bagaimanakah wajahmu Mama?

Disember 24  — Adakah Mama mendengar degupan jantungku? Sesetengah bayi lahir dengan jantung yang tidak sihat. Tetapi jantungku kuat dan sihat. Ia berdegup dengan sempurna: tup-tup,tup-tup. Mama akan mempunyai anak yang sihat!

Disember 28 — Tapi.. Hari  ini Mama membunuhku


Apakah dosaku mama??

                 Malangnya nasib sahabat sepertiku..



bayi siape ni?? Mama..Angkara siape??


masyaAllah..!! da terkeluar biji mata dia mama..



Dibuang dalam sungai..kejam kan mama??..


Mama..apa dalam bakul tu??sampai pak cik tu dah tak sanggup nak tengok 2 mama..



Lagi pembuangan bayi..sama dengan nasib saya tu mama kan??


Duhai s**@@@?? Adakah anda ini manusia??betul tak mama??

macam tindakan mama kan..??


Jangan buangku sebegini mama..ku merayu..
.
ku sangat menyayangimu mama...ku rindukan belaianmu mama papa..

mamakah bersalah?..papakah bersalah di atas semua itu....
 .
  

Seandainya..mamaku memeliharaku,menyayangi aku..semestinya aku dapat jadi seperti sahabatku yg bahagia....

Luahan dari sahabatku yang bahagia..: 

"Bertuahnya aku..

Dapat menjalani kehidupan seorang insan yang bernama bayi..

Dapat merasai pelukan ibu yang tersayang..

Gurau senda ayah..

Saban hari aku menanti hari-hari seterusnya..

Membesar dengan penuh kasih sayang..ayah ibu.."


Tengoklah mama pic sahabat saya....comel kan?? saya nak jadi macm ni taw..!!