BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
salam

Sunday, November 21, 2010

~SuaRa PejuAng Allah~

Ya Rabb..
Tempat kebergantungan segala harapan..
Tempat  perlindungan dan memohon perlindungan..
Tempat mengadu kala kesusahan dan kesenangan..

Ya Rabb..
Lukaku takkan sembuh kecuali dengan kurnia dan kasihMu..
Kesulitanku  takkan terlerai melainkan rahmatMu pada ku..
Tiada penawar dukaku  melainkan anugerah dari Mu.
Kesabaran bukan milikku, kecuali Kau gerimiskan pada ku,
Kerinduanku takkan hilang kecuali dengan pertemuan dengan Mu..

Ya Rabb..
Wahai pencipta alam..tempat berserah segala pengharapan..
Tempat memakbulkan harapan daku..
 yang lemah iman..
yang selalu mungkiri janji..
yang jarang membasahkan bibir  dengan  lafaz zikir Mu..
yang kurang sujud pada pengakhiran malam..
yang kurang ertikan kalam Mu..
yang kurang menjejaki sunnah kekasih Mu..
Ya Rabb..

Panggillah daku ke jalan Mu..
Ambillah daku..!
Ambillah daku..!
Ambillah daku..!
Jangan palingkan ku ke jalan bengkok..
Luruskan ku pada jalan Mu..
Kini, rinduku memuncak..meminggirkan sekeliling yang melekakan..
Mengharapkan simpati dari Mu..

Ya Rabb..
Lindungilah daku di bawah naungan Mu..
Mohon petunjuk dari Mu..
Mantapkan Iman ku..
Bantulah aku..
Amin Ya Rabbal Alamin..

~suara pejuang Allah :  15/11/10 : 1024 am : taman impian Tok Bali~

~PERKAHWINAN~



Anas r. a berkata : Nabi s.a.w bersabda : Jika seorang telah kahwin bererti dia telah mencukupi separuh daripada agamanya, maka hendaklah dia bertaqwa pada Allah dalam menjaga sisanya yang separuh lagi.

Jabir r.a berkata : Nabi s.a.w bersabda
Tiap pemuda yang kahwin dalam usia muda, maka menjerit syaitan sambil berkata : celakalah aku, telah terpelihara daripadaku agamanya. ( H.R. Ibn Ady )

Akkaf bin Wada’ah r. a datang kepada Nabi s.a.w lalu ditanya oleh Nabi s.a.w
Hai Akkaf adakah anda sudah beristeri? Jawabnya : Tidak.
 Juga tidak mempunyai budak wanita? Jawabnya : Tidak.
Nabi bertanya : Sedang anda sihat dan kaya? Jawabnya : Ya, Alhamdulillah.
 Nabi s.a.w bersabda : Jika sedemikian, maka anda ialah kawan syaitan, jika anda pendeta kristian, maka ikutlah jejak mereka, dan apabila anda dari golongan kami maka berbuatlah seperti kami, dan dari sunnahku ( kahwin ), orang yang sangat jelek iaitu orang yang tidak berkahwin, dan orang yang mati amat hina ialah orang yang tidak beristeri, celaka anda Akkaf, kahwinlah.
 Lalu Akkaaf berkata : Ya Rasulullah, saya tidak akan kahwin sehingga kamu yang mengahwinkan kepada siapa yang kamu kehendaki.
 Maka sabda Nabi s.a.w Aku kahwinkan anda dengan nama Allah dan berkat pada Alkarimah binti Kulthum Althimyari. ( H.R Ahmad, Ibn Abi Syaibah, Ibn Abdulbar )

Nabi s.a.w bersabda : Siapa yang tidak kahwin kerana takut miskin, maka bukan dari umatku. (H.R Addailani, Abu Dawud )

Hikayat :
Seorang salihin dahulunya jika disuruh kahwin selalu menolak, pada suatu hari dia bangun dari tidur, tiba-tiba dia berkata : Kahwinkan aku! Kahwinkan aku ! kemudian setelah dia dikahwinkan, ditanya : mengapakah dia meminta kahwin? Padahal dahulunya sellau menolak jika disuruh kahwin? Jawabnya : semoga saya mendapat anak, lalu mati ketika kecil, sehingga menjadi perintis pendahuluan bagiku ke akhirat kelak, lalu dia bercerita.
 Saya telah bermimpi, seakan-akan hari kiamat telah tiba dan saya berdiri bersama-sama orang di padang masyar, dengan sangat haus sehingga hampir mematahkan leherku, tiba-tiba saya melihat anak-anak yang membawa gelas-gelas perak dan tertutup dengan sapu tangan dari cahaya dan anak-anak itu masuk di celah-celah orang ramai untuk memberi minum satu persatu, maka saya menghulurkan tanganku pada anak-anak itu dan berkata : Berikan padaku kerana aku juga sangat haus , tiba-tiba anak itu melihatku dan berkata : Anda tidak mempunyai anak di antara kami, dan kami ini hanya memberi minum kepada ayah dan ibu kami. Lalu ditanya : Kamu itu siapa? Jawab mereka : Kami anak-anak kecil yang telah mati dari kaum muslimin.

~BIODATA IBLIS~

Nama : Iblis Laknatullah

Tempat Lahir : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s

Status : Fasik kelas pertama

Agama: Kufur

Tempat tinggal di dunia : Di dalam hati mereka yang lalai

Tempat tinggal di akhirat : Neraka Jahannam

Kawasan legarnya : Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah

Arah perjalanan : Tiada haluan dan bengkang-bengkok

Isteri di dunia : Setiap wanita yang tidak menutup aurat dan tidak mentaati Allah, Rasul dan suaminya

Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah

Modal pusingan : Angan-angan kosong

Tempat pertemuan : Pasar-pasar ( pusat membeli belah )

Musuh ketat : Orang islam yang beriman dan bertakwa

Kegemaran : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkan

Cita-cita / Matlamat : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir dan sama-sama masuk ke neraka jahanam

Kelemahan : Bila orang membaca istighfar

Lambang : Sebarang tatu

Pejabat/ Operasi : Tandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat yang bermaksiat

Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia

Sumber: Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba

Perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan kederhakaan terhadap Allah

Teman sejawat : Orang yang mendiamkan diri daripada menyatakan kebenaran

Ganjaran : Dosa dan kemurkaan

Berkomunikasi dengan : Orang yang suka mengumpat, mencaci dan memaki hamun dan menghasut

Makanan kegemaran : Daging orang mati, segala najis dan kotoran

Yang ditakuti : orang mukmin yang bertaqwa, beriman dan beramal

Yang dibenci : orang-orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah

Alat perangkap : Wanita cantik, model, pelacur dan seumpamanya

Tempoh perkhidmatan: Sehingga hari kiamat

Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah pada hari kiamat kelak

Yang disukai : Homeseksual dan lesbian

Janji-janji: Janji-janji kosong. Angan-angan dan tipu daya

Yang membuatnya menangis : Bila orang sujud kepada Allah

( sumber : Dari Islamiah UIAM 1998 )

Wednesday, November 10, 2010

Ku mengharapkan pada Mu Ya Rabb..
Menjadi wanita yang diredhai Mu sebagai Tuhan ku.. jadikanlah ketetapan aku dalam agama Islam..dan Muhammad Rasulku..luruskanlah ku pada jalanMu..pada jalan yang Kau benarkan,..

Ku mengharapkan pada Mu Ya Rabb..
Jadikan ku  murabbiyah ( wanita pendidik )yang terbaik, supaya anak didikku menjadi lebih baik dariku, kuatkan ku berjuang pada kalimah Mu, mentarbiyah akhlak anak didikku..

Ku mengharapkan pada Mu Ya Rabb..
Menjadi seorang ibu yang mendidik anak-anak dengan taqwa..menghidupkan amalan sunnah nabi, menanamkan kecintaan pada Mu..

Ku mengharapkan pada Mu Ya Rabb..
Jadikan aku anak yang solehah, yang mentaati Ibu bapaku..Jauhkan ku dari menjadi anak derhaka..