BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 21, 2010

~PERKAHWINAN~



Anas r. a berkata : Nabi s.a.w bersabda : Jika seorang telah kahwin bererti dia telah mencukupi separuh daripada agamanya, maka hendaklah dia bertaqwa pada Allah dalam menjaga sisanya yang separuh lagi.

Jabir r.a berkata : Nabi s.a.w bersabda
Tiap pemuda yang kahwin dalam usia muda, maka menjerit syaitan sambil berkata : celakalah aku, telah terpelihara daripadaku agamanya. ( H.R. Ibn Ady )

Akkaf bin Wada’ah r. a datang kepada Nabi s.a.w lalu ditanya oleh Nabi s.a.w
Hai Akkaf adakah anda sudah beristeri? Jawabnya : Tidak.
 Juga tidak mempunyai budak wanita? Jawabnya : Tidak.
Nabi bertanya : Sedang anda sihat dan kaya? Jawabnya : Ya, Alhamdulillah.
 Nabi s.a.w bersabda : Jika sedemikian, maka anda ialah kawan syaitan, jika anda pendeta kristian, maka ikutlah jejak mereka, dan apabila anda dari golongan kami maka berbuatlah seperti kami, dan dari sunnahku ( kahwin ), orang yang sangat jelek iaitu orang yang tidak berkahwin, dan orang yang mati amat hina ialah orang yang tidak beristeri, celaka anda Akkaf, kahwinlah.
 Lalu Akkaaf berkata : Ya Rasulullah, saya tidak akan kahwin sehingga kamu yang mengahwinkan kepada siapa yang kamu kehendaki.
 Maka sabda Nabi s.a.w Aku kahwinkan anda dengan nama Allah dan berkat pada Alkarimah binti Kulthum Althimyari. ( H.R Ahmad, Ibn Abi Syaibah, Ibn Abdulbar )

Nabi s.a.w bersabda : Siapa yang tidak kahwin kerana takut miskin, maka bukan dari umatku. (H.R Addailani, Abu Dawud )

Hikayat :
Seorang salihin dahulunya jika disuruh kahwin selalu menolak, pada suatu hari dia bangun dari tidur, tiba-tiba dia berkata : Kahwinkan aku! Kahwinkan aku ! kemudian setelah dia dikahwinkan, ditanya : mengapakah dia meminta kahwin? Padahal dahulunya sellau menolak jika disuruh kahwin? Jawabnya : semoga saya mendapat anak, lalu mati ketika kecil, sehingga menjadi perintis pendahuluan bagiku ke akhirat kelak, lalu dia bercerita.
 Saya telah bermimpi, seakan-akan hari kiamat telah tiba dan saya berdiri bersama-sama orang di padang masyar, dengan sangat haus sehingga hampir mematahkan leherku, tiba-tiba saya melihat anak-anak yang membawa gelas-gelas perak dan tertutup dengan sapu tangan dari cahaya dan anak-anak itu masuk di celah-celah orang ramai untuk memberi minum satu persatu, maka saya menghulurkan tanganku pada anak-anak itu dan berkata : Berikan padaku kerana aku juga sangat haus , tiba-tiba anak itu melihatku dan berkata : Anda tidak mempunyai anak di antara kami, dan kami ini hanya memberi minum kepada ayah dan ibu kami. Lalu ditanya : Kamu itu siapa? Jawab mereka : Kami anak-anak kecil yang telah mati dari kaum muslimin.

0 comments: