BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
salam

Friday, October 22, 2010

~keNDiri IMpian~

Semenjak kecil lagi saya suka melukis, malah semua ahli keluarga saya berbakat dalam bidang lukisan. Ekoran daripada minat melukis, saya bercita-cita hendak jadi pereka landskap dan pereka hiasan dalaman.  Walaupun saya pernah mendapat tawaran untuk ke Institut pengajian Tinggi dalam bidang ini, tetapi saya terpaksa menolak kerana keluarga saya menyuruh saya menjadi pendidik. Walaupun saya tidak dapat melajutkan penagjian saya dalam bidang yang saya minati, impian saya pada suatu hari nanti saya dapat menyambung pelajaran dalam bidang ini. Sebenarnya, terlalu banyak impian saya, angan-angan saya, kalau saya dapat jadi guru kelak, saya  hendak jadi guru yang terbaik, guru yang mesra dengan pelajar. Kalau boleh, saya suka mengajar di pendalaman  berbanding di pusat-pusat bandar. Jika diberi pilihan antara kedua-dua tersebut saya akan memilih di kawasan pendalaman. Namun demikian, saya tidak berani menghadapi risiko-risiko bahaya ketika berhadapan dengan keadaan persekitaran dalam hutan atau ketika menaiki bot. Walaubagaimanapun, jika saya diberi peluang, saya akan cuba membiasakan diri. Berbalik dengan minat saya untuk mengajar di pendalaman adalah disebabkan saya suka pemandangan hutan. Malah, dari kecil lagi saya saya mengimpikan untuk tinggal dalam hutan yang dekat dengan air terjun. Di samping itu juga, saya lebih suka melihat persekitaran penduduk asli. Cara kehidupan penduduk asli, rumah buluh, dan sebagaimnya. Pendedahan persekitaran orang asli dalam televisyen menarik minat saya untuk melihat sendiri bagaimana kehidupan mereka. Tambahan pula, saya membayangkan jika saya jadi pendidik dan ditempatkan di pendalaman, saya berminat unutk bergaul dengan masyarakat orang asli. Saya ingin turun kerumah-rumah untuk melihat perkembangan pelajar saya. Malah, ia juga membantu saya untuk mendapatkan maklumat pelajar saya secara lebih dekat. Oleh disebabkan dalam hutan mempunyai tanah yang subur, saya juga boleh bersama-sama berkebun dengan pelajar saya sekaligus dapat memenuhi minat saya dalam berkebun. Di samping itu juga hasil dari kebun tersebut boleh mendatangkan keuntungan sekaligus dapat membantu mereka dalam membiayai pelajaran. Malah, cara ini boleh mengeratkan lagi hubungan saya dengan pelajar dan masalah yang dihadapi mereka dapat dikongsi bersama. Selain daripada itu, di kawasan pendalaman masalah sosial kurang berlaku, saya takut untuk menghadapi suasana masalah sosial malah saya tidak suka dengan persekitaran bandar. Di pendalaman saya boleh mendapat ketenangan dan saya juga boleh mengisi masa lapang dengan hobi saya iaitu dengan melukis. Dari segi kerohanian, saya mengimpikan untuk menjadi wanita solehah. Harapan saya agar saya ditempatkan dalam kalangan wanita solehah, yang menghiasi keperibadian saya denagn budi pekerti dan keimanan yang murni. Adalah menjadi fitrah dalam setiap individu untuk mendekatkan diri dengan tuhan, begitulah juga dengan saya untuk mendapatkan perasaan yang halus sehingga membuahkan perasaan insaniah. Secara tidak lansung adalah untuk mendekatkan diri dengan tuhan. Alangkah indahnya, jika saya ditempatkan dalam kalangan wanita solehah yang berpegang teguh dengan ajaran Islam dan menghiasi bibir dengan zikir dan hati yang tunduk dan patuh dengan perintah Allah dan menjalankan kewajipanNya. Walaubagaimanapun, saya akan tetap berusaha untuk menjadi wanita solehah. ^:^



0 comments: