BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
salam

Friday, October 22, 2010

~ Demi Masa ~





Kebiasaannya ramai orang sudah menghafal surah ini,
 tapi penahkah kita semua memanfaatkan masa?..
atau dengan kata yang lain memahami dan mangamalkan apa yang dituntutkan. 
Benarlah apa yang diwahyukan : demi masa sungguh, manusia dalam kerugiankalau kita tengok atau meneliti diri kita sendiri,
adakah kita manfaatkan masa kita dengan sebaik-baiknya?..
atau kita terleka dengan kesibukan dunia yang kononnya indah belaka..
malah kita sering merungut, " tak cukup masa lah" "tak sempatlah"
tapi ke mana perginya masa?... Bagaimana kita harus manfaatkan masa yang dituntut oleh agama?..  
setiap langkah, bicara, pergaulan, makan dan banyak lagi ianya adalah rutin kita,
tapi adakah ianya disulami dengan agama?.. sebagaimana dengan yang dituntut dalam agama untuk
kita beriman dan mengerjakan kebaikan  dan ditegaskan di sini  saling menasihati sesama kita.
Jika, kita semua saling menasihati, sudah tentu kita semua tidak dalam kerugian.
Tapi, sejauhmanakah manusia boleh menerima nasihat? Tambah-tambah lagi yang mempunyai ego
yang tinggi. Kadang kala orang yang memberi nasihat dan teguran itu yang akan dipersalahkan.
Kononnya masuk campur urusan orang lain, paling tidak pun ada yang mengatakan
“ tegurlah dengan berhemah sikit” , tapi, manusia sekarang makin pelik,
jika menasihati cara lembut diperlekehkan pula, jika secara terang-terangan terasa pula.
Kata “mengaibkan lah, semua orang tahu” tak pun ustaz dan ustazah ni
“ garanglah, tak patut tegur macam tu..”
seterusnya tanpa disedari berlakulah umpat mengumpati, dan bermasam muka,
malah tanggungjawab menasihati dan tegur menegur tidak dilaksanakan lagi. 
~ tepuk dada tanya iman ~
sama3lah kita memanfaatkan masa, untuk saya dan semua

Wednesday, October 20, 2010

~ MinAtKU~

Siapa kata kura2 jalan lambat. sebenarnya, kura2 jalan laju, penat nak kejarnye...baru je letak dah ilang...macam kura2 saya....
Saya kagum tengok kura2, walaupun dia ada cengkerang yang besar dan berat, tapi dia tidak mengeluh penat pun, tak membebankan..dia tetap bersama2 dengan cengkerangnya..sebab dia tahu cengkerangnya itu boleh melindunginya.... Dia tahu akan hikmahnya di sebalik penatnya dia bawa cengkerangnya itu...
Malah, ianya dikatakan binatang yang mampu menjangkau ke seratus tahun lebih...^:^


Ini kura3 saya dengan Sarah..comey kan..??...namanya totoy dan momoy...yang kecik namanya totoy, dan yang besar 2 namanya momoy.. totoy saya punya, momoy sarah punya...heee~  ^:^

kalau tak silap dalam awal bulan 3 sarah belikannya untuk saya dan dia.. ^:^ ,  kat Setiawan, Perak.. huhu..
sampai sekarang saya tak tahu jantina kura3 kesayangan saya..^:^ tp agak3nya momoy betina, totoy jantan,, sebab momoy makan banyak, totoy makan sikit...betul ke formula nih..??...^:^
semasa saya bela totoy dan momoy ni kecik3 aje.... besarnya dalam 3 jari je...


 haaa..~ ni pun dah kira besar sikit...sebab selalu bagi makan.. ^:^ 
ketuk3 je aquarium terus terkedek3 nak makan..hee~
kalau tak ketuk pun, asal nampak je kami...haaa~ terkedek3 la..terjenguk3 kepala nak mam...



yang ni comey dop?..ehehe..nak manje3 depan kamera..hik3...


nilah aquarium totoy dan momoy masa kecik3....


ni haa~ aquarium barunya..sebab totoy dan momoy sudah besar tapak tangan daa~
siap ada sampan lagi tu.. tu sampan sarah belikan.. tQ~ sarah..^:^


terkedek3.......


^:^  


yippi........^:^

tips jaga kura2:
- kena rajin basuh..sebab boleh mati kalau tak cuci...
- sebaik2nya beri dia sedikit cahaya matahari bagi menguatkan metabolisme - seelok2nya cahaya di waktu pagi...
- kalau kura2 yang masih baby lagi 2 jangan bagi makan kangkung sebab takut tercekik..
- bagi makan jagn terlebih ye.....^:^ 







Tuesday, October 19, 2010

~MorAL RemAJa~

                                                         
Siapakah Remaja? Rata-rata, mengikut takrifan dalam pelbagai kamus, remaja membawa maksud seseorang yang mulai dewasa, sudah akil baligh atau muda. Dari segi usia pula, remaja dianggap berumur antara 10 hingga 19 tahun. Dari sudut psikologi, zaman remaja adalah satu jangka masa peralihan yang berlanjutan dari alam kanak-kanak ke peringkat dewasa yang penuh dengan konflik-konflik kehidupan (Mahmood 1990).
Pada peringkat remaja, golongan ini cepat dipengaruhi dengan pengaruh luar. Sama ada dari segi kognitif moral, afektif moral dan tingkah laku moral. Pada peringkat inilah mereka akan didedahkan dengan pelbagai persekitaran yang tidak sihat, dan secara tidak lansung mengubah sedikit sebanyak nilai-nilai moral kehidupan mereka. Akhirnya, pengaruh luar ini menyebabkan kita sering dikejutkan dengan masalah sosial. Tidak dinafikan ia bukan sahaja dipengaruhi oleh persekitaran luar, malah ianya juga berpuncakan dari pengaruh dalam keluarga itu sendiri. Acuan didikan yang diberikan oleh keluarga, sama ada sempurna atau tidak. Apa yang dimaksudkan dengan sempurna di sini adalah dari segi didikan agama. Didikan agama merupakan asas didikan dalam keluarga.

Jom kita tinjau ape agaknya remaja kita buat??
        Buang bayi?...lagi3 buang bayi....

Catatan diri ku untuk mu mamaku sayang..(baca ye mama)

Oktober 5 — Hari ini hidupku bermula. Mama dan Papa belum tahu lagi, tetapi hayatku sudahpun bermula, walaupun aku hanya sebesar biji jagung. Dan aku akan menjadi seorang kanak-kanak perempuan. Aku akan memiliki mata dan rambut yang hitam menawan. Ah… seperti semuanya telah ditakdirkan.


Oktober 21 —Ada orang kata aku belum menjadi manusia lagi, hanya Tuhan sahaja yang tahu aku wujud. Tetapi aku sebenarnya telah pun wujud, seperti serpihan kecil biskut masih tetap dipanggil biskut. Ya, aku sudah pun wujud sebagai seorang manusia.

Oktober 23 — Mulut mungilku seakan sudah mula terbuka. Cuba bayangkan, dalam setahun lagi aku akan tertawa dan kemudiannya bercakap. Aku tahu apa perkataan pertamaku: MAMA !


Oktober 26 —Hari ini jantungku mulai berdegup sendiri. Dari saat ini ia akan berdegup untuk seluruh hayatku tanpa berhenti rehat! Dan selepas bertahun-tahun ia akan terhenti dan aku akan mati.


November 2 —Aku semakin membesar sedikit demi sedikit setiap hari. Tangan dan kakiku mulai terbentuk. Tetapi aku harus menunggu sekian lama sebelum kaki kecilku boleh meronta dalam pelukan Mama dan tangan kecilku boleh memetik bunga dan memeluk Papa.

November 12 — jejari halus mulai membentuk di hujung tanganku. Lucu sungguh melihatkan kehalusannya! Aku akan mampu membelai rambut Mama yang cantik dengannya.


November 20 —Hari ini doktor memberitahu Mama bahawa aku telah pun bernyawa dan membesar di dalam rahimnya. Oh, pasti Mama gembira mendengar khabar ini! Bahagiakah engkau wahai Mama?

November 25 — Mama dan Papa mungkin sedang sibuk memikirkan namaku. Tetapi mereka belum tahu lagi aku seorang kanak-kanak perempuan yang comel. Aku suka dipanggil Nani. Cantik kan nama itu,Mama ? Aku semakin membesar dalam rahim Mama.

Disember 28 —Rambutku mulai tumbuh; lembut, cerah dan bersinar. Pasti Mama akan suka mencium rambutku dan memelukku nanti. Bagaimana agaknya rambut Mamaku ?

Disember 13 — Mataku sudah mula terbentuk. Sungguh gelap di sekelilingku. Apabila Mama membawaku ke dunia nanti, tentunya ia secerah sinar mentari dan dipenuhi bunga. Tapi aku hanya mahu melihat Mama. Bagaimanakah wajahmu Mama?

Disember 24  — Adakah Mama mendengar degupan jantungku? Sesetengah bayi lahir dengan jantung yang tidak sihat. Tetapi jantungku kuat dan sihat. Ia berdegup dengan sempurna: tup-tup,tup-tup. Mama akan mempunyai anak yang sihat!

Disember 28 — Tapi.. Hari  ini Mama membunuhku


Apakah dosaku mama??

                 Malangnya nasib sahabat sepertiku..



bayi siape ni?? Mama..Angkara siape??


masyaAllah..!! da terkeluar biji mata dia mama..



Dibuang dalam sungai..kejam kan mama??..


Mama..apa dalam bakul tu??sampai pak cik tu dah tak sanggup nak tengok 2 mama..



Lagi pembuangan bayi..sama dengan nasib saya tu mama kan??


Duhai s**@@@?? Adakah anda ini manusia??betul tak mama??

macam tindakan mama kan..??


Jangan buangku sebegini mama..ku merayu..
.
ku sangat menyayangimu mama...ku rindukan belaianmu mama papa..

mamakah bersalah?..papakah bersalah di atas semua itu....
 .
  

Seandainya..mamaku memeliharaku,menyayangi aku..semestinya aku dapat jadi seperti sahabatku yg bahagia....

Luahan dari sahabatku yang bahagia..: 

"Bertuahnya aku..

Dapat menjalani kehidupan seorang insan yang bernama bayi..

Dapat merasai pelukan ibu yang tersayang..

Gurau senda ayah..

Saban hari aku menanti hari-hari seterusnya..

Membesar dengan penuh kasih sayang..ayah ibu.."


Tengoklah mama pic sahabat saya....comel kan?? saya nak jadi macm ni taw..!!

~ Tokoh Ikutan~

Tokoh ikutan dalam hidup saya ialah Rabiah binti Ismail al-Adawiyah. Dia tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

  Walaupun mereka hidup dalam kesusahan, bapa Rabiah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabiah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabiah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.   Rabiah Adawiah sebagai tokoh ikutan kerana dia merupakan perintis cinta Illahi, ahli ibadah yang kuat, imam kaum zuhud, seorang yang penyabar dan syukur yang amat tinggi, mempunyai sifat redha yang tinggi, ikhlas, muqarabah dan insan. Disini saya ingin menyertakan kisah hidup Rabiah yang kaya dengan ketabahan hidup bermula ketika dia mencecah alam kedewasaan lagi, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabiah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan imannya membuatkan saya kagum. dan dengan ujian inilah yang mampu menaikkan imannya kepada pencipta bukan tersungkur ke lembah kejahilan.    Walaupun ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba bergantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.
  Saya memilih Rabiah sebagai tokoh ikutan saya ketika saya diberikan ujian yang hebat oleh Allah S.W.T ke atas saya. Ujian itu membuatkan saya tidak tentu arah, namun melihat kekuatan iman pada Rabiah menyebabkan saya tertarik pada sifat redhanya pada Allah, dia telah redha dengan sepenuhnya dengan penciptanya. Misalnya, suatu hari, seekor belalang hinggap di atas gandumnya lalu melahapnya. Tetapi Rabiah hanya tersenyum dan memandang ke langit seraya berbisik   Wahai Tuhanku! Rezekiku ada pada-Mu. Maka belalang ini tidak mengurangi sedikitpun rezekiku. Dia tidak merampas apapun dari rezekiku. Sungguh, ia adalh qadha-Mu, sedang rezeki ada pada-Mu.    Iman al- Munawi menceritakan, “suatu ketika Rabiah tertimpa tiang dinding rumah, mengenai kepalanya hingga berdarah. Tetapi ia tidak bergeming sedikit pun. Orang bertanya kepadanya, apakah engkau tidak merasakan sakit?” Rabiah menjawab “ aku selalu tenggelam dalam persetujuan pada iradat-Nya. Maka kejadian yang menimpaku ini tidak mempengaruhinya sedikit pun, seperti kalian lihat.”  Keredhaan yang ada pada Rabiah bukanlah keredhaan seorang yang terpaksa. keredhaan-Nya bersumberkan pada pilihan hidupnya, ia menambah lagi kekaguman dalam diri saya, sekalipun ia dibebani oleh penderitaan, kelelahan dan perjuangan yang berat. Segala sesuatu yang ada di alam adalah berasal dari Allah, di bawah perintah-Nya, di bawah qada dan qadar-Nya. Ia selalu mendorong umat manusia untuk bersikap sepertinya sehingga mereka tidak takut terhadap bencana, dan tidak merasa pedih terhadap penyakit serta tidak merasa gusar terhadap ujian Allah yang menimpa.   Rabiah meninggalkan kepedihan hidup dengan menuju kelapangan dan keluasan imannya. Rabiah telah bersatu padu dalam agama Allah yang sangat kuat. Ia sentiasa bermunajat, bertasbih dan beristighfar. Dia telah disibukkan dengan kehidupan rohani dan memutuskan untuk menjadi seorang perawan yang membujang seumur hidup, tidak akan terikat selain Allah, memuaskan jiwanya dengan ibadat, mengutamakan keagungan Allah dan mensucikan asma’ dan sifat-sifat Allah, serta hidup di lingkungan kasih sayang dan ketegasanNya.   Sesungguhnya pestanya adalah kesendirian, mempelainya adalah zikir, kenikmatannya adalah bernunajat, cinta abadinya adalah cinta Allah. Inilah sesuatu yang menunjukkan kepada seruan untuk hidup membujang sebagi sebuah keharusan bagi orang yang telah memutuskan untuk hidup membujang sebagai sebuah keharusan bagi orang yang telah meutuskan diri bergantung secara total kepada Allah dan dalam mencapai darjat al-Shiddiqun (golongan orang-orang yang benar beriman). Dia pernah ditanya mengenai penolakannya untuk berkahwin oleh Bisyr bin Hariths al Hafi,tetapi Rabiah mengatakan bahawa dia sedang tenggelam dalam kefardhuan hingga meninggalkan sunnah. Peribadinya sangat unik dan susah untuk ditemui.  Selain itu, dia merupakan imam kaum zuhud. Zuhud yang dijalani oleh Rabiah adalah zuhud tingkat yang tertinggi dalam tingkatan spiritual. Rabiah tidur diatas hamparan selimut buntut, tempat bantal kasur  adalah potongan tulang. Dia minum dari air kendi yang pecah. Rabiah berpendapat bahawa kehidupan di dunia adalah senda gurau, permainan serta perhiasan. Sedangkan zuhud terhadap dunia adalah istirehatnya badan. Diriwayatkan bahawa ia pernah berdiam diri selama tujuh  hari tujuh malam secara berturut-turut tanpa makan dan tidur, terus-menerus melakukan solat. walaupun saya tidak mampu menjadi sepertinya, namun sifat zuhudnya akan sentiasa saya gunakan dalam membuat pertimbangan sesuatu perkara dan akan menjadikan pengajaran untuk saya.  Sepanjang umurnya Rabiah hidup dalam kezuhudan dan rajin beribadah, sebab ia bertekad untuk menyelamatkan jiwa raganya agar tidak menjadi makanan ulat-belatung dalam kubur. Suatu ketika, Ummul Khair ( julukan bagi Rabiah Adawiah ) mengalami sakit yang berat yang menyebabkan kematiannya, setelah tubuhnya mengalami keadaan sangat lemah dan kurus kering. Setiap orang akan menangis melihat keadaan itu. Ketika orang memintanya berdoa untuk menghilangkan penderitaannya dan meringankan sakitnya, tetapi Rabiah enggan kerana tidak berani menentang pencipta dan memohon sesuatu yang tidak kehendaki-Nya. Jasad Rabiah perlahan-lahan rapuh dan susut, namun begitu dia tetap melakukan solat dan puasa. Kemudian di saat-saat terakhirnya Rabiah tidak menyentuh makanan sama sekali. Pelayannya bernama Abdah menceritakan, “ disaat kematiannya, beliau memanggilku seraya berkata, wahai Abdah! Janganlah engkau memberitakan kematianku kepada sesiapa pun, dan bungkuslah tubuhku nanti dengan kain kafan berupa baju yang melekat dibadanku saat ini.” Lalu kami mengkafani tubuhnya dengan baju yang dipakainya saat menjelang kematiannya  dan kain kerudung yang selalu dikenakan. Walaupun menjelang kematiannya, Rabiah tidak mengiginkan orang sibuk menguruskannya.Begitulah keadaan kehidupan Rabiah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabiah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin! Sekarang saya cuba tinjau diri sendiri. Saya menyedari akan satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud: 
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar. Lanjutan peribadi Rabiah, saya cuba untuk tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cuba menghitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita. Dengan itu saya sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti saya juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.