BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 19, 2010

~ Tokoh Ikutan~

Tokoh ikutan dalam hidup saya ialah Rabiah binti Ismail al-Adawiyah. Dia tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

  Walaupun mereka hidup dalam kesusahan, bapa Rabiah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabiah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabiah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.   Rabiah Adawiah sebagai tokoh ikutan kerana dia merupakan perintis cinta Illahi, ahli ibadah yang kuat, imam kaum zuhud, seorang yang penyabar dan syukur yang amat tinggi, mempunyai sifat redha yang tinggi, ikhlas, muqarabah dan insan. Disini saya ingin menyertakan kisah hidup Rabiah yang kaya dengan ketabahan hidup bermula ketika dia mencecah alam kedewasaan lagi, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabiah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan imannya membuatkan saya kagum. dan dengan ujian inilah yang mampu menaikkan imannya kepada pencipta bukan tersungkur ke lembah kejahilan.    Walaupun ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba bergantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.
  Saya memilih Rabiah sebagai tokoh ikutan saya ketika saya diberikan ujian yang hebat oleh Allah S.W.T ke atas saya. Ujian itu membuatkan saya tidak tentu arah, namun melihat kekuatan iman pada Rabiah menyebabkan saya tertarik pada sifat redhanya pada Allah, dia telah redha dengan sepenuhnya dengan penciptanya. Misalnya, suatu hari, seekor belalang hinggap di atas gandumnya lalu melahapnya. Tetapi Rabiah hanya tersenyum dan memandang ke langit seraya berbisik   Wahai Tuhanku! Rezekiku ada pada-Mu. Maka belalang ini tidak mengurangi sedikitpun rezekiku. Dia tidak merampas apapun dari rezekiku. Sungguh, ia adalh qadha-Mu, sedang rezeki ada pada-Mu.    Iman al- Munawi menceritakan, “suatu ketika Rabiah tertimpa tiang dinding rumah, mengenai kepalanya hingga berdarah. Tetapi ia tidak bergeming sedikit pun. Orang bertanya kepadanya, apakah engkau tidak merasakan sakit?” Rabiah menjawab “ aku selalu tenggelam dalam persetujuan pada iradat-Nya. Maka kejadian yang menimpaku ini tidak mempengaruhinya sedikit pun, seperti kalian lihat.”  Keredhaan yang ada pada Rabiah bukanlah keredhaan seorang yang terpaksa. keredhaan-Nya bersumberkan pada pilihan hidupnya, ia menambah lagi kekaguman dalam diri saya, sekalipun ia dibebani oleh penderitaan, kelelahan dan perjuangan yang berat. Segala sesuatu yang ada di alam adalah berasal dari Allah, di bawah perintah-Nya, di bawah qada dan qadar-Nya. Ia selalu mendorong umat manusia untuk bersikap sepertinya sehingga mereka tidak takut terhadap bencana, dan tidak merasa pedih terhadap penyakit serta tidak merasa gusar terhadap ujian Allah yang menimpa.   Rabiah meninggalkan kepedihan hidup dengan menuju kelapangan dan keluasan imannya. Rabiah telah bersatu padu dalam agama Allah yang sangat kuat. Ia sentiasa bermunajat, bertasbih dan beristighfar. Dia telah disibukkan dengan kehidupan rohani dan memutuskan untuk menjadi seorang perawan yang membujang seumur hidup, tidak akan terikat selain Allah, memuaskan jiwanya dengan ibadat, mengutamakan keagungan Allah dan mensucikan asma’ dan sifat-sifat Allah, serta hidup di lingkungan kasih sayang dan ketegasanNya.   Sesungguhnya pestanya adalah kesendirian, mempelainya adalah zikir, kenikmatannya adalah bernunajat, cinta abadinya adalah cinta Allah. Inilah sesuatu yang menunjukkan kepada seruan untuk hidup membujang sebagi sebuah keharusan bagi orang yang telah memutuskan untuk hidup membujang sebagai sebuah keharusan bagi orang yang telah meutuskan diri bergantung secara total kepada Allah dan dalam mencapai darjat al-Shiddiqun (golongan orang-orang yang benar beriman). Dia pernah ditanya mengenai penolakannya untuk berkahwin oleh Bisyr bin Hariths al Hafi,tetapi Rabiah mengatakan bahawa dia sedang tenggelam dalam kefardhuan hingga meninggalkan sunnah. Peribadinya sangat unik dan susah untuk ditemui.  Selain itu, dia merupakan imam kaum zuhud. Zuhud yang dijalani oleh Rabiah adalah zuhud tingkat yang tertinggi dalam tingkatan spiritual. Rabiah tidur diatas hamparan selimut buntut, tempat bantal kasur  adalah potongan tulang. Dia minum dari air kendi yang pecah. Rabiah berpendapat bahawa kehidupan di dunia adalah senda gurau, permainan serta perhiasan. Sedangkan zuhud terhadap dunia adalah istirehatnya badan. Diriwayatkan bahawa ia pernah berdiam diri selama tujuh  hari tujuh malam secara berturut-turut tanpa makan dan tidur, terus-menerus melakukan solat. walaupun saya tidak mampu menjadi sepertinya, namun sifat zuhudnya akan sentiasa saya gunakan dalam membuat pertimbangan sesuatu perkara dan akan menjadikan pengajaran untuk saya.  Sepanjang umurnya Rabiah hidup dalam kezuhudan dan rajin beribadah, sebab ia bertekad untuk menyelamatkan jiwa raganya agar tidak menjadi makanan ulat-belatung dalam kubur. Suatu ketika, Ummul Khair ( julukan bagi Rabiah Adawiah ) mengalami sakit yang berat yang menyebabkan kematiannya, setelah tubuhnya mengalami keadaan sangat lemah dan kurus kering. Setiap orang akan menangis melihat keadaan itu. Ketika orang memintanya berdoa untuk menghilangkan penderitaannya dan meringankan sakitnya, tetapi Rabiah enggan kerana tidak berani menentang pencipta dan memohon sesuatu yang tidak kehendaki-Nya. Jasad Rabiah perlahan-lahan rapuh dan susut, namun begitu dia tetap melakukan solat dan puasa. Kemudian di saat-saat terakhirnya Rabiah tidak menyentuh makanan sama sekali. Pelayannya bernama Abdah menceritakan, “ disaat kematiannya, beliau memanggilku seraya berkata, wahai Abdah! Janganlah engkau memberitakan kematianku kepada sesiapa pun, dan bungkuslah tubuhku nanti dengan kain kafan berupa baju yang melekat dibadanku saat ini.” Lalu kami mengkafani tubuhnya dengan baju yang dipakainya saat menjelang kematiannya  dan kain kerudung yang selalu dikenakan. Walaupun menjelang kematiannya, Rabiah tidak mengiginkan orang sibuk menguruskannya.Begitulah keadaan kehidupan Rabiah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabiah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin! Sekarang saya cuba tinjau diri sendiri. Saya menyedari akan satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud: 
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar. Lanjutan peribadi Rabiah, saya cuba untuk tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cuba menghitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita. Dengan itu saya sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti saya juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi. 

0 comments: